PENGENALAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0
Revolusi
industri 4.0 telah membuka mata seluruh rakyat dunia. Revolusi industri 4.0
adalah revolusi digital iaitu proses pembangunan teknologi dalam industri ke
tahap lebih pintar. Menurut Dr Sawal Hamid Md Ali, Universiti Kebangsaan
Malaysia, IR 4.0 adalah mengenai sistem dan sistem siber-fizikal yang boleh
menghubungkan dunia digital dengan sistem biologi seperti manusia melalui
internet. Revolusi digital ini menggunakan internet untuk menjalankan sesuatu
tugas. Sebagai contoh, membeli belah secara dalam talian, pembayaran dan pemilihan
produk semuanya hanya dalam talian amat memudahkan dan menjimatkan masa
seseorang. Masyarakat tidak perlu keluar rumah untuk membeli mahupun keluar
negara untuk membeli barangan luar negara. Hanya melalui aplikasi, masyarakat
boleh membeli barang dari seluruh dunia. Selain itu, revolusi industri keempat ini mempercepatkan
proses dalam industri seperti industri pembuatan. Perubahan yang pantas dalam
teknologi maklumat dan komunikasi membolehkan berhubung antara realiti maya dan
dunia nyata. Bukan itu sahaja, revolusi industri 4.0 sistem siber fizikal ini
melibatkan teknologi automasi yang banyak memudahkan tugasan harian manusia.
Industri 4.0 mencakupi penemuan pelbagai teknologi baharu seperti automasi,
Internet of Things (IoT), analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem,
keselamatan siber, automasi, penggunaan robotik dan cloud yang bakal merancakkan
kemajuan landskap dunia moden. Menurut Deloitte Global’s 3rd Annual Survey, (Januari
2020) syarikat yang mempunyai strategi IR 4.0 yang komprehensif menunjukkan
prestasi yang baik, sementara yang lain ketinggalan di belakang. Oleh itu, revolusi industri 4.0 sangat penting dan memberi
banyak manfaat kepada manusia.

Comments
Post a Comment