Tiga cabaran revolusi industri 4.0 yang dihadapi oleh sektor swasta ( pembuatan / pengilangan ) dan sektor kerajaan di Malaysia

 

Tiga cabaran revolusi industri 4.0 yang dihadapi oleh sektor swasta (pembuatan/pengilangan) dan sektor kerajaan di Malaysia

 

·       Modal kewangan

Dalam industri pembuatan atau pengilangan, antara cabaran revolusi industri 4.0 ialah modal kewangan. Modal kewangan yang besar diperlukan untuk alat eletronik yang canggih untuk sesuatu proses produk atau barangan. Sebagai contoh, dalam proses pembuatan makanan kerepek, untuk satu alat elektronik mesin mengupas bahan seperti bawang memerlukan modal ribuan ringgit. Setiap kilang memerlukan lebih dari dua mesin elektronik, hal ini jelas menunjukkan modal kewangan yang banyak diperlukan.

 

·       Memerlukan tenaga ahli yang mahir

Contohnya, untuk sektor pengilangan yang besar seperti pembuatan kereta, memerlukan tenaga mahir untuk mengendalikan mesin pembuatan tersebut. Kekurangan tenaga mahir boleh menjejaskan sesuatu proses pembuatan tersebut. Selain itu, kekurangan institusi pendidikan yang menyediakan kursus tersebut juga menyebabkan kurangnya tenaga mahir dalam bidang tersebut.

 

·       Keselamatan

Risiko keselamatan IT dan kebocoran data boleh berlaku kerana penjenayah siber giat aktif untuk mencuri data dan sebagainya. Menurut kajian Eclipse IoT Developer,  isu keselamatan meningkat daripada 30 peratus kepada 38 peratus dalam tempoh setahun dari 2018 hingga 2019. Ini jelas menunjukkan keselamatan juga merupakan cabaran utama dalam revolusi industri 4.0 ini. Data amat penting bagi memastikan kelancaran setiap proses. Oleh itu, keselamatan haruslah dititik beratkan dalam revolusi industri 4.0 ini.

 

Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0

Kebaikan dan keburukan teknologi baharu dalam IR 4.0